Empat Ditahan Jual Mercun, Rokok Seludup

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan empat lelaki dan merampas mercun serta rokok bernilai RM15,000 dalam serbuan berasingan di Kampung Melayu Majidee di sini pada Khamis dan Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, suspek berusia antara 22 dan 53 tahun itu ditahan dalam dua operasi di sebuah bazar Ramadan dan sebuah rumah di kampung itu.

"Dalam serbuan Khamis lepas, kita merampas mercun serta bunga api bernilai RM8,000 yang dijual tanpa lesen di bazar Ramadan dan pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM7,000 di sebuah rumah pada Jumaat," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Majidee di sini Sabtu.

Kesemua suspek ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Zainuddin berkata polis akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pembekal atau individu yang didapati menjual mercun.

"Saya juga meminta masyarakat supaya memantau anak masing-masing supaya tidak membakar mercun atau membuat mercun buatan sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan