Pelajar Ditahan Berhubung Kes Kemalangan Pegawai Polis Trafik Di Kuala Besut

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang pelajar berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit melanggar seorang pegawai polis trafik di Kuala Besut, Terengganu Rabu lalu, ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak polis masih menyiasat kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau melawat Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini hari ini.

Pegawai tersebut sedang menerima rawatan akibat kaki kanannya terputus dalam kemalangan itu.

Keadaannya dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya lihat keadaan serta emosi beliau agak stabil dan menerima dengan tabah apa yang berlaku," kata Jamshah kepada pemberita.

Farid Hasni dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, ditugaskan berkhidmat untuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, menyebabkan beliau terhumban kira-kira 10 meter.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye yang turut melawat Farid Hasni berkata pihaknya akan membantu kebajikan keluarganya.

"Saya berjanji akan bantu mendapatkan sumbangan kaki palsu untuk beliau di samping berusaha menukar beliau ke Terengganu supaya lebih dekat dengan keluarganya," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan