Imigresen Tahan GRO Warga Asing Sembunyi Dalam Bilik Kecil

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar rahsia sebuah premis karaoke yang mempunyai 'bilik kecil di dalam bilik' sebagai tempat menyembunyikan pelayan (GRO) warga asing.

Taktik itu dikesan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Jalan Seang Tek, di George Town dekat sini, awal hari Jumaat apabila enam GRO warga asing ditemui berhimpit dalam bilik kecil itu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata pintu bilik itu telah diubah suai bagi membolehkan mereka masuk dan bersembunyi apabila menerima isyarat daripada penjaga atau tonto jika diperiksa oleh pihak berkuasa.

"Dalam operasi itu, kita menahan lima wanita warga China, dua wanita Vietnam yang bekerja sebagai GRO di premis berkenaan dan seorang lelaki warga Myanmar bekerja sebagai pelayan bar," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati GRO yang berusia 20 hingga 35 tahun telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya dalam operasi itu, anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen turut diganggu dan dihalang tonto ketika membuat pemeriksaan di premis terbabit namun tiada kejadian tidak diingini berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan