Polis Pahang Cari Suspek Kes Ragut

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis sedang memburu seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes ragut di Jalan Wong Ah Jang di sini Rabu.

Suspek dikenali sebagai Zainul Arifin Ab Razak, 22, yang beralamat terakhir No. 165 Felda Dahlia Jengka 3, Bandar Maran.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata suspek dipercayai meragut rantai seorang wanita bersama rakan suspek yang telah pun ditahan.

Orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi Inspektor Nor Zaini Saifi di talian 019-4343606 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan