Murid Tahun 5 Maut, Tersepit Di Lif

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pihak Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat Adik Khairul Amir Azri Lani,11, yang terperangkap dan tersepit dalam lif ketika pulang dari sekolah di Perumahan Awam desa Tun Razak. -fotoBERNAMA
Pihak Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat Adik Khairul Amir Azri Lani,11, yang terperangkap dan tersepit dalam lif ketika pulang dari sekolah di Perumahan Awam desa Tun Razak. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang murid tahun lima maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif dalam kejadian di Perumahan Awam Desa Tun Razak di sini, Rabu.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu Khairul Amir Azri Lani, 11, tersepit ketika cuba keluar daripada lif yang tersekat antara tingkat dua dan tiga di bangunan berkenaan.

Menurut saksi, Mohd Nor Asyriq Mohd Zafridin, 17, mangsa cuba memanjat ke tingkat tiga, namun secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah menyebabkan kepalanya tersepit di pintu.

"Masa tu Amir teragak-agak cuba nak melompat keluar, bila dia cuba tiba-tiba lif bergerak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 1.16 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota digegaskan ke tempat kejadian.

Ketika kejadian terdapat 18 orang di dalam lif itu dan kebanyakannya adalah pelajar yang baharu pulang dari sekolah, katanya.

"Kesemua mangsa dapat dikeluarkan di lobi. Lif tersebut sepatutnya tidak bergerak turun dan kita percaya ada masalah teknikal pada lif itu," katanya.

Menurutnya mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan di kepala dan bahu sebelum dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan