Lelaki Curi Duit Masjid Untuk Modal Berniaga Air Soya

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang penjual air soya disyaki melakukan kegiatan memecahkan tabung beberapa buah masjid untuk mendapatkan wang dan dijadikan modal perniagaannya di sebuah bazar Ramadan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan pada 15 Julai lalu dan siasatan awal mendapati dia menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan air soya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pada Khamis, beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman sejak 15 Julai lalu sehingga 21 Julai ini untuk siasatan lanjut.

Ismail berkata berdasarkan maklumat kegiatan pecah tabung masjid yang berlaku di sekitar daerah Kangar, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar melancarkan Ops Masjid sejak 1 Julai dan berjaya mengesan dan menahan suspek di kediamannya di sini kira-kira pukul 3 pagi.

"Hasil tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan enam kes pecah tabung masjid sekitar Kangar yang membabitkan kehilangan wang berjumlah RM1,500," katanya.

Katanya hasil tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan bagi memecah tabung masjid termasuk sebuah alat pemotong, pisau lipat, spanar, lampu suluh dan pen penguji.

Turut dirampas ialah wang berjumlah RM39, beg duit kulit, beg pinggang dan sehelai baju sejuk yang dipercayai digunakan bagi membalut peralatan yang digunakan bagi kerja mencuri itu.

Siasatan awal mendapati suspek yang berlagak alim akan bersolat secara berjemaah di masjid terutama pada sebelah siang dan menjalankan kegiatan memecah tabung masjid ketika kesemua jemaah sudah pulang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Beliau berkata suspek juga dipercayai melakukan kegiatan yang sama di sekitar daerah Padang Besar dan Arau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan