Yang Patut Bebas Tertidur, OKT Lain 'Dibebaskan'

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gara-gara tahanan reman yang sepatutnya dibebaskan tertidur, seorang suspek lain yang dalam proses ditahan reman "lolos" dalam kejadian di Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 2.30 petang itu lelaki tersebut yang baharu hendak direman mengaku dia adalah pemilik nama tahanan yang dipanggil untuk dibebaskan.

Lelaki yang sepatutnya dibebaskan berkenaan tidak menyahut walaupun dipanggil beberapa kali oleh majistret, menyebabkan suspek yang sebelum itu dibawa bersama 20 lagi ke bilik reman tersebut mengambil kesempatan, katanya pada sidang media, di sini Rabu.

"Suspek kemudiannya keluar dari bilik reman selepas garinya dibuka. Selepas beberapa ketika baru disedari berlaku kesilapan dan anggota polis yang bertugas memeriksa bangunan mahkamah bagi mengesan suspek namun gagal," katanya.

Beliau mengulas kejadian seorang tahanan yang dilapor meloloskan diri ketika proses reman, Selasa.

Suspek yang berusia 61 tahun itu sepatutnya direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah berbahaya.

Dia yang berambut panjag dan berjanggut memakai baju-T biru berbelang putih ketika kejadian.

Gan berkata polis telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek yang berasal dari Gelugor itu.

Dalam pada itu beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Rashid Abdul Rahman agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2282222 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan