Persatuan Teksi Shah Alam Buat Laporan Polis Terhadap Blogger Seks

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam hari ini membuat laporan polis menuntut tindakan tegas diambil terhadap pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook.

Persatuan itu yang mempunyai 264 anggota berdaftar membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Presidennya Yazid Mohamad Yusof berkata persatuan itu yang mempunyai anggota pelbagai kaum mengutuk tindakan pasangan itu, yang jelas tidak menghormati umat Islam di negara ini.

"Persatuan amat berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pasangan itu sebagai pengajaran kepada orang lain agar setiap kali berlaku isu seperti ini tidak kira apa sahaja agama mereka tidak akan mengambil mudah dengan hanya meminta maaf.

"Harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan semua pihak seharusnya peka dalam isu yang menyentuh sensitiviti agama lain. Kita hidup di Malaysia perlu ada toleransi antara kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Tan, 25, dan Lee, 24, mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' berserta logo halal di laman Facebook mereka.

Sebelum ini, pasangan itu pernah mencetuskan kontroversi di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog. Di KUALA LUMPUR, Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinbam) turut membuat laporan terhadap pasangan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, Rabu.

Presidennya U.Thamotharan berkata perbuatan Tan dan Vivian yang menyentuh sensitiviti agama boleh mengeruhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Justeru, katanya kerajaan perlu bertindak tegas agar perbuatan seumpama itu tidak akan berulang lagi.

"Oleh itu, hukuman ringan tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada pasangan itu atau rakyat negara ini dalam memastikan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam meminta pasangan itu tampil bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula berkata pasangan itu boleh didakwa mengikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan akibat mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan