Lelaki Ditemui Mati Selepas Empat Hari Di Pusat Pemulihan Dadah

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui mati dengan kesan lebam di seluruh badan selepas empat hari dimasukkan ke pusat pemulihan dadah di Batu Gajah.

Mangsa, Chew Siang Giap, mempunyai kesan lebam di telinga, leher, belakang dan paha.

Bapanya Chew Bok Seng, 60, berkata beliau terkejut dengan kematian misteri Siang Giap selepas menerima panggilan daripada pusat itu pada kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

"Dia nampak sihat pada hari kami menghantarnya ke pusat itu pada 12 Julai tetapi mengadu mengalami gastrik yang sederhana," katanya, Rabu.

Bok Seng berkata sebelum Siang Giap dimasukkan ke pusat itu, dia ditahan bagi kesalahan berkaitan dadah dan telah ditahan selama 60 hari oleh polis di Perlis.

"Anak saya, yang merupakan anak ketiga daripada keluarga, adalah seorang penagih dadah," katanya, sambil menambah anaknya itu hanya selesai pengajiannya sehingga tingkatan tiga.

Bok Seng berkata tiga pegawai dari pusat memberinya tiga perakuan yang berbeza mengenai apa yang berlaku semasa kematian anaknya.

"Seorang kata dia meninggal dunia di pusat pemulihan selepas mengalami sakit perut yang teruk kira-kira pukul 2 pagi, seorang lagi berkata dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi pegawai berkata dia meninggal dunia di hospital.

"Mereka memberitahu cerita yang berbeza dan saya tidak tahu siapa yang harus saya percaya," katanya.

Katanya, mereka telah membuat laporan polis dan sedang menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Batu Gajah.

Polis Batu Gajah dan pusat pemulihan dadah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan