Jemaah Masjid Terkejut Jumpa Mayat Bayi Dalam Bakul - Berita Jenayah | mStar

Jemaah Masjid Terkejut Jumpa Mayat Bayi Dalam Bakul

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Jemaah Masjid Jamek Ar-Raudah, Saleng di sini pada Selasa terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan dalam keadaan berbalut dalam sebuah bakul di hadapan pagar masjid itu.

Hassan Mohd Tap, 63, berkata mayat bayi itu ditemui salah seorang jemaah yang datang untuk solat subuh yang kemudiannya memaklumkan jemaah lain.

"Saya menjumpai sampul surat mengandungi sekeping nota yang memohon jemaah masjid ini supaya menyempurnakan jenazah anak itu selain disertakan sekeping duit RM50," katanya ketika ditemui di masjid itu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya berkata, anggota polis dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 6.05 pagi.

Pemeriksaan awal mendapati, bayi tersebut sudah meningggal dunia di lokasi kejadian dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk bedah siasat.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sembunyi dan boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan