Ejen AIM Disamun RM26,000 Oleh Tiga Lelaki Bersenjata Parang

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang ejen Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) disamun RM26,810 ketika mengadakan pertemuan mingguan dengan peminjam tabung wang berkenaan di Kampung Pauh Butut, Padang Kala di sini, Selasa.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa bersama beberapa peserta AIM berada dalam sebuah bangsal tempat mereka sering bermesyuarat setiap Selasa sebelum disamun tiga lelaki, dua daripadanya bertopeng dan bersenjatakan parang.

Seorang peserta AIM, Nor Baizura Berhaudin, 31, berkata mereka baharu sahaja selesai bermesyuarat sebelum didatangi tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja yang berhenti di hadapan bangsal itu.

"Saya tergamam melihat seorang lelaki berkulit gelap meluru ke dalam bangsal dengan sebilah parang diekori seorang lagi lelaki bertopeng sementara seorang lagi lelaki menunggu dalam kereta.

"Kedua-duanya terus menerpa ke arah mangsa yang ketika itu memegang beg sandang yang mengandungi wang hasil kutipan pada hari itu dan mengacukan parang pada mangsa," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Nor Baizura berkata walaupun kedua-dua lelaki itu mengacukan parang di leher dan kepala mangsa, namun mangsa tidak mengalah sebaliknya menyorokkan beg yang mengandungi wang berkenaan di bawah meja.

"Akibat tindakannya, seorang daripada penyamun itu terus menolak meja sehingga terbalik dan merampas beg itu daripada mangsa menyebabkan berlaku pergelutan," katanya.

Beliau berkata mangsa melepaskan beg berkenaan dan turut kehilangan wang miliknya sendiri berjumlah RM700, dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan. Polis kini sedang memburu ketiga-tiga suspek. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan