Polis Temui Mayat Dan Bahan Kimia Dipercayai Untuk Proses Dadah

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Bau busuk dari sebuah rumah dua tingkat di Lorong Jentayu Indah, Taman Jentayu Indah di sini membawa kepada penemuan satu mayat lelaki, Selasa.

Pemeriksaan polis yang tiba di rumah itu susulan maklumat awam turut menemukan beberapa bahan kimia yang dipercayai diguna untuk memproses dadah.

"Ketika ditemui kira-kira pukul 3 petang, mayat lelaki terbabit sudah kering dan kehitaman serta tiada dokumen pengenalan ditemui padanya," kata jurucakap polis kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya siasatan awal polis mendapati rumah itu disewa Cheah Poh Iye, 44, sejak Mac lalu.

"Pemilik kediaman mendakwa kali terakhir bertemu dengan lelaki terbabit dua minggu lepas," kata jurucakap itu yang menambah penyewa berkenaan dipercayai sudah beristeri namun wanita tersebut tidak tinggal bersamanya di rumah tersebut.

Katanya sebuah kereta jenis Honda milik penyewa yang biasanya diletak di garaj rumah itu juga tiada di lokasi kejadian.

Susulan penemuan bahan kimia berkenaan, dua jentera bomba termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dipanggil ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bahan kimia terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki terbabit dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Buat masa ini kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita akan meneliti laporan bedah siasat dan akan mengambil keterangan pihak yang dipercayai dapat membantu siasatan sebelum tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan