Makmal Kimia UiTM Diisytihar Kawasan Larangan

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Makmal kimia bangunan Makmal Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang terbakar pada Isnin, diisytihar sebagai kawasan larangan untuk semua individu dan tidak selamat untuk digunakan.

Pengisytiharan itu dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini, Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor turut memaklumkan 90 peratus daripada bangunan Makmal Kimia RMI musnah dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang Isnin, kata Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam kenyataan pada Selasa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Dalam kejadian itu, tiga pelajar, seorang pensyarah dan seorang pembantu makmal sedang menjalankan uji kaji di dalam sebuah daripada makmal berkenaan apabila kebakaran berlaku.

Mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak, yang dipercayai berpunca daripada sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 7.20 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan