Lelaki Nigeria Berpaut Di Pagar Balkoni Elak Ditahan Imigresen

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki warganegara Nigeria berpaut pada pagar balkoni selama hampir sejam di sebuah pangsapuri di Taman Mutiara Batu Berendam di sini bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Melaka.

Lelaki berumur 42 tahun yang tinggal bersama dua lagi rakan senegaranya di sebuah unit rumah di tingkat lima pangsapuri berkenaan sebelum itu melarikan diri selepas serbuan Jabatan Imigresen pada 10 malam Isnin.

Penolong Pengarah Imigresen Melaka Asani Ladjani berkata dua rakan lelaki terbabit meloloskan diri melalui balkoni.

"Lelaki terbabit turut melakukan tindakan sama namun terhenti di balkoni di aras satu pangsapuri apabila menyedari terdapat anggota penguat kuasa yang sudah menunggunya di bawah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya terpaksa memujuk lelaki terbabit yang berpaut pada pagar balkoni sebelum dia akhirnya bersetuju menyerah diri hampir sejam kemudian. Asani berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan lima lagi lelaki Nigeria dan seorang wanita Thailand di dua unit rumah di pangsapuri sama.

Dalam serbuan kedua pada 12 malam, lima lelaki Indonesia berusia lingkungan 20-an ditahan di sebuah rumah kedai yang sedang dibina di Taman Paya Emas di sini.

Beliau berkata dua daripada mereka ditahan di atas siling bangunan itu yang dipercayai dijadikan tempat tinggal bagi pekerja buruh yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah manakala tiga lagi lelaki ditahan di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, sembilan lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki Nepal ditahan di rumah berasingan di Jalan Jasa Merdeka di sini.

Kesemua 22 warga asing dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal di negara ini tanpa permit atau pas yang sah, pas atau permit tamat tempoh atau dibatalkan.

Mereka kemudian dibawa ke depoh tahanan Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan