Kes Mati Dalam Lokap: Polis Ingin Hubungi Inspektor Hare Krishnan

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur (KL) sedang mengesan Inspektor S. Hare Krishnan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes kematian N.Dhamendran dalam lokap, 21 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam satu kenyataan berkata Hare Krishnan tidak hadir bertugas sejak 15 Jun lepas tanpa kebenaran.

"Sehubungan itu, Polis KL meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pegawai itu agar menghubungi Bilik Gerakan JSJ Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di talian 03-21460685.

"Orang ramai juga boleh menghubungi hotline Polis KL (RakanCOP) di talian 03-2115999 atau SMS Polis KL (RakanCOP) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Siasatan polis mendapati kematian Dhamendran di lokap IPKKL mempunyai unsur jenayah.

Hare Krishnan merupakan pegawai polis yang masih bebas selepas tiga lagi pegawai polis yang terlibat dalam kes itu didakwa di Mahkamah Majistret, bulan lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan