Enam Rumah Di Jalan Tiong Hua Sibu Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Enam rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini tengah malam Isnin.

Kebakaran pada pukul 12.20 tengah malam itu dikatakan bermula daripada sebuah rumah kosong di kawasan itu, yang didakwa penduduk setempat sering dijadikan tempat untuk kumpulan tertentu mengadakan barbeku.

Penulis rencana See Hua Daily News Wee Hui Cheng, 27, yang tinggal di kawasan itu bersama keluarganya, berkata bomba mengambil masa dua jam untuk memadam kebakaran dan mengawalnya daripada merebak ke kawasan padat penduduk itu.

Seorang pengawal keselamatan Gelana anak Jambi, 24, pula tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran itu memusnahkan rumah sewa yang didiami bersama keluarganya.

"Ibu saya kejutkan saya selepas tengah malam memberitahu rumah jiran terbakar dan dengan segera saya kejutkan isteri dan anak kecil kami.

"Dalam keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan diri itu, kami tinggalkan semua barang berharga termasuk kad pengenalan kami," katanya yang telah setahun menyewa di rumah itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Sri Wong Soon Koh dan anggota Dewan Undangan Negeri Pelawan David Wong Kee Woan melawat kawasan kebakaran pagi Selasa.

Wong berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan kepada keluarga terlibat.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk bahawa kebakaran bermula dari sebuah rumah kosong yang sering diguna kumpulan tertentu untuk barbeku dan minum-minum," katanya.

Beliau berkata penduduk mendakwa mereka telah melaporkan perkara itu kepada polis tetapi tiada tindakan diambil.

Kebakaran itu adalah yang kedua dalam tempaoh 24 jam di Sibu.

Terdahulu pada 11.03 pagi, 16 kedai di Jalan Tukang Besi musnah dijilat api. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan