Dua Sindiket Dadah, Antara Terbesar Di Kelantan Tumpas

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis Kelantan menumpaskan dua sindiket dadah, antara yang terbesar di negeri ini, dengan tertangkapnya lapan lelaki termasuk seorang pelajar dalam tiga serbuan di Tanah Merah dan Gua Musang, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas 235 biji pil jenis Eramin 5, 50 botol heroin, 37 biji pil kuda dan satu tiub straw mengandungi serbuk pil sama, dua paket syabu serta dua tiub straw berisi dadah sama.

"Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM155,200 dan kita turut menyita wang tunai berjumlah RM52,000 serta empat kereta dan sebuah motosikal bernilai RM128,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa.

Beliau berkata polis turut merampas sepucuk senjata api jenis Revolver .38 mengandungi dua butir peluru.

Polis juga menahan lapan lelaki berumur antara 19 dan 37 tahun termasuk seorang pelajar berusia 17 tahun dalam ketiga-tiga serbuan itu bagi membantu siasatan, katanya.

Jalaluddin berkata kesemua suspek itu direman antara empat dan tujuh hari bermula Isnin.

Katanya dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Desa Melati, Kampung Kubang Gali, Tanah Merah, 8.30 malam Ahad lepas, polis menahan empat lelaki berumur 24 hingga 37 tahun, masing-masing dua dari Terengganu, seorang dari Negeri Sembilan dan seorang dari negeri ini.

"Lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Gemenchih, Negeri Sembilan disyaki bertindak sebagai dalang utama dalam sindiket 'Yo' ini dan pernah bergerak aktif di Terengganu.

"Lelaki tersebut turut mempunyai 10 rekod jenayah lampau, pernah dibuang daerah pada 2010 dan menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan dibenarkan keluar pada tahun lepas," katanya.

Jalaluddin berkata sindiket 'Yo' bergiat aktif di Tanah Merah pada tahun lepas setelah suspek utama keluar dari pusat pemulihan itu dan merekrut beberapa anggota baharu.

"Ekoran daripada kes pertama, polis Kelantan membuat tindakan susulan pada keesokannya. Dalam serbuan kira-kira 5.10 petang itu, kami menangkap seorang lelaki berusia 19 tahun, berasal dari Kusial, Tanah Merah, dan merampas beberapa jenis dadah bernilai RM152,000 dan sebuah motosikal," katanya.

Bagi kes ketiga pula, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Gua Musang menahan dua lelaki berasal dari Pahang dan seorang Kelantan selepas menyerbu kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Renoh Baharu, Gua Musang.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, satu tiub straw dipercayai syabu dan satu biji pil dipercayai pil kuda.

"Turut dirampas sepucuk senjata api dan dua butir peluru, saringan awal medapati dua suspek tersebut positif dadah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan