Tiada Tumpahan Minyak Dikesan di Kawasan Kapal MT Samudera Terbakar - APMM

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Tiada tumpahan minyak dikesan di kawasan kapal MT Samudera yang terbakar di perairan selatan Pulau Kukup di sini petang Ahad, menurut Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Johor Baharu Kapten Aminuddin Abd Rashid berkata perkara itu disahkan melalui tinjauan dari udara dan laut bersama-sama Jabatan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha menyejuk dan memadamkan kebakaran di atas kapal itu masih diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya petang Isnin.

Beliau berkata hanya 40 peratus daripada kapal berkenaan terbakar dan ia melibatkan bahagian anjung dan kabin manakala bahagian lain tidak terjejas.

"Kerja-kerja menyejukkan kapal dijangka siap sepenuhnya petang ini dan sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak kami akan meneruskan kerja-kerja mencari (seorang) mangsa yang hilang," katanya kepada pemberita di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini Isnin. MT Samudera sedang dalam perjalanan dari Batam, Indonesia ke Chittagong, Bangladesh dan mula terbakar pada kedudukan 2.6 batu nautika dari Pulau Kukup, Pontian pada kira-kira 3.30 petang Ahad.

Seramai 22 anak kapal warga India berjaya diselamatkan manakala seorang lagi dipercayai terperangkap di dalam kapal berkenaan ialah jurutera enjin dikenali sebagai Giridher, 50.

Seorang anak kapal, Pardeep, 27, memberitahu kebakaran itu disedari kru kira-kira pukul 3.30 petang dipercayai berpunca daripada letupan pengecas turbo di bilik enjin kapal itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan