Polis Marin Rampas Mercun, Bunga Api Bernilai RM15,000

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 26 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM15,000 dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Jalan Sungai Balang di sini, Isnin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Dua Muar ASP Nordin Osman berkata serbuan dilakukan pada pukul 8 pagi berdasarkan maklumat orang ramai mengenai pengedaran barangan larangan terbabit.

Beliau berkata PPM bertindak memecah masuk rumah itu apabila mendapati tiada sesiapa di dalam premis itu selepas menunggu beberapa jam.

"Hasil pemeriksaan kemudian menemui 26 kotak besar berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api tersimpan di bahagian tengah rumah," katanya kepada pemberita di sini.

Nordin berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan berhubung rampasan itu dan siasatan sedang diteruskan untuk mengesan penyewa dan pemilik premis yang bertanggungjawab.

Beliau berkata pihaknya percaya kesemua mercun dan bunga api yang dibawa masuk dari China itu adalah untuk diedarkan kepada peniaga yang menjual mercun dan bunga api di sekitar Parit Jawa, di sini dan Semerah di Batu Pahat.

Katanya polis percaya pihak yang terlibat baru sahaja memulakan kegiatan pengedaran mercun dan bunga api terbabit berdasarkan penemuan resit transaksi pembelian bernilai RM6,000 yang ditemui di rumah itu.

"Rampasan ini merupakan yang pertama sejak Ramadan bermula lima hari lepas dan taktik menyimpan di rumah kosong itu merupakan taktik terbaru," katanya.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan kegiatan seumpama itu sebelum ini menjadikan tapak semaian pokok sebagai tempat menyimpan barangan tersebut bagi mengaburi pihak berkuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan