Peniaga Kedai Runcit & Anaknya Cedera Ditembak Selepas Disamun

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Peniaga kedai runcit dan anak lelakinya cedera terkena tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek selepas disamun di rumah mereka di Taman Sejahtera, Kampar di sini malam Ahad.

Peniaga berumur 51 tahun itu cedera di perut manakala anaknya berumur 13 tahun di paha kanan dan mereka kini dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam ketika peniaga dan isteri serta dua anaknya yang sedang berehat di ruang tamu didatangi tiga lelaki memakai 'topeng ski' bersenjatakan parang dan sepucuk pistol.

Kumpulan itu yang dipercayai mahu merompak kereta Toyota Hilux milik mangsa turut merampas dua telefon bimbit, kunci rumah, kad pengenalan, buku bank dan buku cek mangsa, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini Isnin.

"Ketika suspek sedang menghidupkan enjin kereta Hilux milik mangsa yang berada di hadapan rumah bertindak menyerang suspek dengan sebilah parang, namun seorang daripada mereka melepaskan satu das tembakan dan mengenai perut mangsa serta paha kanan anaknya. "Setelah gagal membawa lari kereta Hilux itu, ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki kereta Proton Perdana berwarna gelap," katanya.

Setengah jam kemudian, katanya kumpulan sama menyamun seorang pemilik kilang besi di Jalan Kampar Langkap berumur 31 tahun dengan melarikan kereta Toyota Hilus milik mangsa selain merampas dua telefon bimbit, seutas rantai leher emas, keping loket emas, wang tunai RM6,000.

"Semasa mangsa berada dalam kereta di kilang besi miliknya di Jalan Kampar Langkap, datang sebuah kereta Perdana berwarna hitam yang dinaiki tiga lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng. "Seorang daripada mereka keluar dan meletakkan parang di leher mangsa, seorang lagi menarik mangsa keluar dari Hilux dan terus melarikan kereta itu manakala seorang suspek lagi berada dalam kereta Perdana," katanya sambil menambah mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua jam kemudian, suspek yang menaiki kereta Perdana itu berjaya ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Ayer Kuning, Tapah selepas kereta suspek berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan selepas membuat pusingan 'U' untuk melarikan diri.

Katanya polis menemui kad pengenalan, buku cek dan buku akaun Tabung Haji milik mangsa pertama dalam Proton Perdana itu yang merupakan kereta curi dan dilaporkan hilang di Bukit Puchong baru-baru ini, katanya.

Katanya suspek berumur 33 tahun dan berasal dari Taman Orkid, Teluk Intan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kepala dan kini dirawat di sebuah hospital di sini manakala tiga orang dalam sebuah lagi kereta hanya mengalami kecederaan ringan.

Paramasivam berkata siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 10 kes curi Toyota Hilux dengan menggunakan modus operandi yang sama.

"Polis telah mengenal pasti dua lagi suspek dan mereka berasal dari Perak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan