Penguatkuasa Temui Bilik Judi Dalam Talian Di Pusat Snuker

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sekali pandang ia hanya sebuah pusat snuker biasa, namun siasatan lanjut penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sebalik deretan kayu snuker yang disusun menemui satu pintu yang membawa ke laluan sebuah bilik menjalankan aktiviti judi dalam talian.

Premis di Subang Perdana berkeluasan tujuh deretan rumah kedai itu merupakan antara enam pusat siber dan pusat snuker yang diserbu anggota penguat kuasa MBSA dalam operasi kira-kira 3 petang ini dan membawa kepada rampasan 95 set komputer bernilai RM50,000.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat MBSA Shahrin Ahmad berkata premis itu diserbu kerana menjalankan operasi tanpa lesen dan mendapat aduan daripada orang ramai yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran. "Ketika serbuan, tiada pelanggan mahupun pemilik premis berkenaan dan kita dapati peralatan untuk bermain snuker telah dikosongkan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, Isnin.

Beliau berkata serbuan itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MBSA) 2007 yang membawa hukuman kompaun RM1,000 dan tindakan menyita kesemua peralatan di premis pusat siber.

Bagi pusat snuker, serbuan itu dibuat menurut Enakmen Hiburan Negeri Selangor pindaan 2001 yang membawa kepada kompaun maksimum RM25,000, katanya.

Shahrin berkata kesemua pemilik perniagaan yang didapati melanggar peraturan ditetapkan turut berdepan tindakan disenaraihitamkan daripada memohon sebarang lesen perniagaan MBSA.

Beliau berkata operasi berkenaan disertai 16 anggota penguat kuasa MBSA dan dibantu lima anggota polis dari Balai Polis Kampung Subang Baru di sini.

Terdahulu, ketika serbuan di sebuah kafe siber berhampiran, pemilik premis berkenaan seakan boleh menghidu operasi yang dijalankan apabila kesemua peralatan termasuk komputer telah dibawa keluar dari premis terbabit dipercayai kurang dari tempoh sejam dan suhu sejuk dari pendingin hawa masih dapat dirasa di dalam premis itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan