Mesin ATM & Minuman Di USM Dipecah

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini dikopak awal pagi Isnin.

Yang turut menjadi sasaran ialah dua buah mesin vendor minuman yang wang syiling di dalamnya telah dilarikan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata terdapat kesan kopak dan umpilan pada bahagian bawah mesin ATM itu.

Beliau berkata kejadian disedari berlaku pada pukul 4.56 pagi apabila pihaknya mendapat panggilan dari syarikat penggera yang berpangkalan di Kuala Lumpur bahawa alat penggera di mesin ATM itu berbunyi.

Mesin-mesin berkenaan terletak berhampiran pintu masuk Sungai Dua.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan akan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kampus.

"Saya percaya ia kerja orang luar. Terdapat kesan cap jari pada pagar di belakang masjid (berhampiran pintu masuk) dan duit syiling bertaburan di laluan yang kita percaya digunakan penjenayah," katanya.

USM mempunyai empat pintu masuk Minden, Batu Uban dan Sungai Dua yang ditutup pada tengah malam dan dibuka semula pada pukul 6 pagi sementara pintu di sebelah Bukit Gambir dibuka 24 jam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan