Kebakaran Musnahkan 20 Kedai Di Sibu

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kebakaran memusnahkan 20 kedai di Jalan Tukang Besi di sini Isnin, menjadikannya kebakaran ketiga di bandar ini dalam tempoh kurang dari sebulan.

Anggota bomba dan empat jentera mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal kebakaran yang bermula 11 pagi, dan menghalangnya daripada merebak ke kedai berdekatan.

Antara kedai yang musnah adalah dua makmal perubatan, kedai buku, bengkel membaiki motosikal, kedai tukang emas/senjata, klinik swasta, restoran dan pejabat cawangan dua akhbar berbahasa Cina iaitu 'The International Times' dan 'Berita Petang'.

Menurut seorang saksi, Dr Isaali Wasli, yang mengusahakan 'Klinik Ali' di kawasan itu sejak 24 tahun lepas, beliau sedang merawat beberapa pesakit di klinik berkenaan ketika kebakaran tercetus.

Beliau menyuruh pesakit beredar sebelum kebakaran merebak ke kliniknya, dan berkata kebakaran dipercayai bermula dari sebuah daripada kedai di tingkat satu bangunan kedai sebaris itu.

Menurut Pegawai Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu Rafie Sapar, ini adalah kebakaran ketiga di bandar ini dalam tempoh kurang dari sebulan.

Kebakaran pertama pada 19 Jun memusnahkan kira-kira 60 buah rumah, mengakibatkan 597 orang daripada 144 keluarga hilang tempat tinggal di Kampung Datu/Kampung Hilir.

Pada pagi Jumaat lepas, kebakaran memusnahkan sebuah generator pam air dan peralatan lain di stesen pam air mentah Lembaga Air Sibu di Jalan Lanang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan