Dua Daripada Tiga Suspek Kes Bunuh Wanita China Disambung Reman - Berita Jenayah | mStar

Dua Daripada Tiga Suspek Kes Bunuh Wanita China Disambung Reman

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Dua daripada tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita warga China di Bukit Genting di sini disambung reman hingga Sabtu ini.

Mereka termasuk seorang suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Supt Hatta Md Zin berkata polis memohon untuk menyambung reman dua lelaki berkenaan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Sementara seorang lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Mayat wanita berkenaan ditemui di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort pada Isnin lepas.

Siasatan polis mendapati warga China berkenaan dikenali sebagai Jun Xing, 37, yang merupakan pekerja sebuah pusat kecantikan di Georgetown dan tinggal di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan