Roda Kereta Api Tergelincir, Penumpang Teruskan Perjalanan Dengan Bas

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Kira-kira 80 penumpang sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Tanjung Aru ke Papar terpaksa meneruskan perjalanan mereka dengan bas selepas satu roda kereta api itu terkeluar daripada landasan dalam kejadian Sabtu.

Pegawai Operasi Keretapi Sabah Awang Zainudin Awang Matusin berkata kejadian pukul 8 pagi di kawasan Kampung Kawang di sini itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang.

"Kejadian itu berlaku akibat masalah pada landasan, bukan kerana tidak diselenggara cuma di bahagian ini memang ada sedikit masalah dan pemandu sentiasa dinasihatkan berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan ini," katanya ketika ditemui pemberita, di lokasi kejadian.

Katanya Jabatan Keretapi Sabah sedang berusaha menangani masalah itu.

Sementara itu, pemandu kereta api Amir Amit berkata kereta api berkenaan bertolak dari Stesen Tanjung Aru pada 7.45 pagi dan apabila tiba di kawasan tersebut beliau memperlahankan kelajuan.

"Bahagian kanan depan keretapi terasa goyang sedikit, seperti tersasar dari trek landasan. Saya terus berhentikan kereta api dan keluar untuk tengok. Saya nampak satu tayar terkeluar daripada landasan," katanya kepada pemberita.

Bernama difahamkan kereta api itu kemudian dialih daripada landasan dan perkhidmatan tren Sabah tidak terjejas.

Kejadian itu merupakan yang kedua tahun ini selepas insiden pada 19 Jun lepas yang meragut nyawa seorang pelancong Hong Kong selepas sebuah kereta sewa dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan