Tiga Nyaris Maut Treler Terjunam Ke Dalam Gaung Di Marang

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Seorang pemandu dan dua pembantunya nyaris maut apabila treler mereka seberat 26 tan yang sarat dengan barangan runcit terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kampung Pengkalan Kuin di sini, Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika pemandunya Mohd Shahrizan Ismail, 29, sedang membaiki kenderaan itu yang mengalami korosakan bateri berhampiran rumahnya.

Menurutnya, semasa beliau cuba menghidupkan enjin treler itu, tiba-tiba kenderaan itu bergerak dengan sendiri dan menggelongsor sejauh 100 meter sebelum terjunam ke dalam gaung.

Sharizan berkata ketika itu dua rakannya sedang menyusun barangan seperti susu dan racun tanaman di atas lori sepanjang 10 meter itu.

"Ketika lori menggelongsor, saya berjaya membuka pintu sebelah pemandu dan mencapai stereng lori dan saya terpaksa menghalakan lori ke tepi kerana bimbang ia akan merempuh rumah dan orang yang lalu lalang di kawasan itu," katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata beliau bersama rakan-rakannya yang berusia 19 dan 22 tahun sedang bersiap sedia untuk menghantar bekalan barangan berkenaan ke bandar Kuala Terengganu.

Mohd Nazrin Yusoff, 22, pula berkata ketika beliau sedang menyusun barangan di dalam lori, tiba-tiba beliau terasa lori berkenaan bergerak walaupun enjinnya tidak dihidupkan.

Katanya beliau dan Mohd Reduan Abdul Wahab, 19, menjadi panik apabila lori berkenaan bergerak dengan sendiri dan kurang dari dua minit selepas itu, mereka mendapati mereka telah berada di dalam gaung.

"Saya agak takut bila treler bergerak sendiri dan terfikir untuk terjun dari treler, namun saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku dan hanya mampu beristifar agar tiada perkara buruk menimpa kami.

"Masa itu saya hanya berpaut pada dinding treler dan tersedar saya sudah berada di dalam gaung dan terasa teramat sakit kerana terhimpit dengan kotak susu sebanyak dua tan serta tercucuk pokok serta ranting kayu," katanya.

Beliau dan Mohd Reduan cedera ringan. Kakak kepada Mohamad Sharizan yang turut menyaksikan kejadian itu, Subayah, 35, berkata beliau sangka adiknya sudah mati apabila melihat keadaan lori yang terbalik dengan kesemua tayar ke atas.

"Namun saya terdengar jeritan suara meminta tolong sebelum saya memanggil orang kampung untuk memberi bantuan," katanya.

Pegawai Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Negeri, Ismail Mat berkata seramai lima anggota dan sebuah jentera dari balai Marang dikejarkan ketempat kejadian untuk membantu mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan