13 Rakyat Asing Ditahan Dalam Ops Sayang

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Tiga belas rakyat asing termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak ditahan dalam 'Ops Sayang' di sekitar tapak pembinaan dan premis hiburan di sini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada tujuh rakyat Indonesia dan masing-masing tiga rakyat Vietnam dan Myanmar.

"Kesemua warga asing berusia antara setahun enam bulan dan 40 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa," katanya kepada pemberita selepas Ops Sayang yang bermula 6 petang semalam hingga awal pagi ini.

Beliau berkata dalam operasi pertama petang semalam, Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan dua wanita dan seorang pondan rakyat Vietnam yang bekerja di premis urut dan spa di Jalan Raja Uda.

Turut diserbu dua premis yang menjalankan aktiviti perjudian komputer di Taman Pelangi dan dalam serbuan pada 9.15 malam itu pihaknya menahan seorang lelaki serta seorang wanita Indonesia dipercayai penjaga premis itu.

"Berdasarkan serbuan itu, kami dapati premis yang pernah diserbu beberapa kali sebelum ini menyediakan perkhidmatan perjudian Internet dan cabutan bertuah kepada pelanggannya serta menjadi tumpuan warga asing yang tinggal di kawasan flat berhampiran," katanya.

Basri berkata dalam serbuan di tapak pembinaan di Kampung Teluk di sini pada pukul 1 pagi, pihaknya menahan lima rakyat Indonesia termasuk seorang wanita dan anaknya serta tiga warga Myanmar.

"Wanita berkenaan menyusukan anak kecilnya sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak menangis ketika bersembunyi di ruang sempit bahagian belakang rumah kongsinya manakala beberapa lelaki lain bersembunyi di bawah lantai rumah kongsi mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan