Senjata Api, Peluru Dalam MPV Polis Dilarikan Suspek Curi Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Semua barangan dan kelengkapan termasuk senjata api MP5 dan peluru dalam kereta peronda polis jenis MPV yang dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di Perak pagi Rabu ditemui semula di Bukit Minyak di sini malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis percaya suspek curi berusia 32 tahun itu tidak mengambil barangan dalam MPV berkenaan kerana hendak cepat melarikan diri.

Katanya MPV itu ditemui di lorong belakang rumah kedai di Taman Sri Mangga di sini hasil maklumat orang awam yang curiga dengan kehadiran MPV itu lebih 10 jam tanpa kehadiran anggota peronda polis.

Pemeriksaan mendapati semua barangan dan kelengkapan dalam MPV itu termasuk senjata api dan peluru masih berada di dalam kenderaan berkenaan, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Mazlan berkata polis turut menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek yang berasal Tasek Gelugor.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof dilaporkan berkata dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi Rabu, ketika hendak dibawa masuk ke dalam MPV berkenaan, lelaki itu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi telah menolak anggota polis yang bertugas sebelum melarikan MPV itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan