Polis Tahan Enam Suspek Edar Dadah, Rampas 260.15 Gram Heroin

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Polis menahan enam orang disyaki pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 260.15 gram bernilai RM15,000 di sebuah rumah di Taman Bukit Bendera, Mentakab dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan pada 4.25 pagi itu, suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berumur antara 23 dan 57 tahun.

"Dalam serbuan di rumah itu, polis menahan lima suspek termasuk dua wanita dan merampas 26 paket plastik lut sinar pelbagai saiz yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.

"Polis turut merampas alat penimbang digital, plastik lut sinar, sebilah gunting dan alat untuk membungkus," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Hasil siasatan, seorang lagi rakan suspek ditahan di rumah berasingan di taman tersebut, pada 2.40 petang.

Abdul Aziz berkata siasatan awal juga mendapati bekalan dadah diperoleh dari ibu negara untuk diedarkan di sekitar Temerloh dan Mentakab dengan menjadikan rumah itu, sebagai tempat membungkus dadah.

Katanya, hasil ujian air kencing, mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

"Tiga daripada suspek lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tiga daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur, Perak dan Johor," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan