Murid Tadika Maut, Kakak Parah Dirempuh Kereta - Berita Jenayah | mStar

Murid Tadika Maut, Kakak Parah Dirempuh Kereta

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang murid Tadika maut sementara kakaknya parah akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Mata Ayer dekat sini Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira 7.10 pagi ketika Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi, 6, dari Taman Jejawi membonceng basikal yang dibawa kakaknya Nur Fatin Nabila, 10.

Mangsa sedang menuju Tadika Pra Sinar Kubang Gajah manakala kakaknya ke Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, apabila dirempuh kereta berkenaan yang datang dari arah Jejawi menuju Mata Ayer.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Mohd Nadzri Hussin berkata Nur Aleya Batrisha terbunuh di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala kakaknya menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah.

Polis telah menahan pemandu terbabit.

Bapa mangsa, Mashrul Nusairi Mohd Noor, 39, berkata selalunya beliau menghantar sendiri anaknya ke Tadika dengan motosikal namun pada Khamis anaknya mahu ke Tadika bersama kakaknya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan