Warga Amerika Latin Antara Dikenal Pasti Samun Mesin ATM

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kumpulan termasuk yang dianggotai rakyat dari Amerika Latin terbabit dalam kegiatan pecah dan samun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mereka dipercayai terbabit dalam sembilan kes termasuk lima yang gagal sepanjang tahun ini.

Kes terbaharu berlaku 6 Julai lepas di Jalan Raja Laut, namun mereka gagal memecahkan mesin ATM itu, katanya pada sidang media mingguan, di sini Rabu.

"...kumpulan ini dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk melakukan jenayah. "Mereka berusia lingkungan 20an dan 40an ini juga dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah," katanya.

Empat kes pecah dan samun mesin ATM itu membabitkan wang tunai lebih RM1 juta iaitu di Dang Wangi dengan kerugian RM300,000, Jalan Keramat (RM400,000), Taman Shamelin (RM126,000) dan Alam Damai (RM283,000).

Lima cubaan pula membabitkan mesin ATM di Wangsa Maju, Salak Selatan, Jalan Padang Tembak, Metro Prima dan Jalan Raja Laut. Mengulas kes lain, Ku berkata polis berjaya memberkas tiga daripada lima suspek yang dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian samun hotel bajet dan kafe siber di ibu negara.

Mereka diberkas pada pukul 8 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Ipoh, kelmarin dan dipercayai sedang merancang untuk melakukan jenayah, katanya.

"Kita percaya ada dua lagi anggota kumpulan ini yang kesemua mereka berusia lingkungan 33 dan 42 tahun. Daripada yang diberkas itu ada yang mempunyai rekod jenayah... ada rekod pengakuan bahawa mereka telah melakukan jenayah samun sebanyak enam kali di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Polis turut merampas pelbagai perkakas untuk pecah rumah selain pedang, telefon bimbit, sarung tangan, topi yang mempunyai lambang polis, pisau rambo, pistol tiruan, walkie-talkie serta sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai kereta curi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/7 Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. Sementara itu, beliau berkata seorang anggota tentera ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam lokap di sebuah kem tentera di ibu negara pagi Rabu.

Mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira pukul 7 pagi oleh pengawal lokap yang bertugas.

"Siasatan awal dipercayai gantung diri...kita akan teruskan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian termasuk sekiranya ada unsur jenayah," katanya menambah mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan