Suspek Tembak Guru Kemungkinan Pembunuh Upahan - Ketua Polis Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak pada Isnin melibatkan pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian tersebut kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.

"Setakat ini maklumat yang kita terima 'hearsay' sahaja. Maklumat kata mangsa adalah seorang peniaga, tak bayar hutang, berjanji dengan orang tak betul, mungkin orang yang tertipu rasa marah. Langkah terbaik bila dia sakit hati, upah orang untuk tembak mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini Selasa.

Jalaluddin berkata polis sukar mendapatkan saksi kes kerana masyarakat bimbang keselamatan diri terancam.

"Sama seperti beberapa kes-kes samun yang terjadi, kita tak pernah terima maklumat daripada masyarakat," katanya.

Hashim Mat Zain, 43, juga guru muzik, terbunuh selepas terkena tiga das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, pukul 1.40 tengah hari Isnin. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan