Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Proses Kelapa Sawit

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Seorang pekerja kilang maut setelah badannya tersepit ketika sedang menyelenggara mesin memproses kelapa sawit di Kilang Kelapa Sawit Panji Alam Seri Bandi di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada bahagian jentera itu.

Katanya mangsa Mohd Bistari Bistaman, 27, yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas di Negeri Sembilan disahkan meninggal ketika tiba di Pusat Kesihatan Seri Bandi sejurus selepas kejadian.

"Ketika kejadian mangsa bersama adiknya sedang menyelenggara jentera untuk membuang tandan kosong kelapa sawit yang tersekat.

"Namun secara-tiba-tiba jentera berantai itu bergerak dan menghimpit perut dan dada mangsa," katanya.

Katanya panik dengan kejadian itu, adiknya lantas memanggil beberapa pekerja lain bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mangsa dikejarkan ke Pusat Kesihatan berhampiran.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dada dan perut dan disahkan meninggal.

Che Suza berkata mangsa telah dua bulan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kilang tersebut dan jenazah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

"Tiada unsur jenayah dalam kemalangan ini dan kita klasifikasikan mati mengejut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan