Empat Suspek Ditahan Berhubung Serangan Di Kafe Siber

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Empat suspek termasuk seorang wanita ditahan berhubung serangan ke atas tiga kafe siber di Solok Slim dekat Jalan Perak di sini Isnin lalu.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 30 tahun dipercayai anggota kumpulan samseng 'Sio Sam Ong' ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah flat dan kelab malam di Paya Terubong.

Tiga daripadanya direman sehingga Sabtu ini sementara wanita berkenaan sehingga Jumaat. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan kenderaan pelbagai guna dari kumpulan tersebut.

Wanita itu dan teman lelakinya didapati positif dadah, katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata tangkapan dibuat ekoran serangan yang dibuat kumpulan itu ke atas tiga buah kafe siber kira-kira 5 pagi Isnin lalu sehingga menyebabkan empat mangsa berumur 19 hingga 32 tahun tercedera akibat ditetak dengan parang.

Gan berkata motif serangan mungkin berpunca daripada perebutan kawasan antara kumpulan berkenaan dengan kumpulan samseng 'Gang 24' yang menguasai kawasan tersebut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan