Suspek Langgar Lari Peserta Larian Amal NTV7 Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Takut untuk menghentikan kenderaan kerana bimbang dipukul orang ramai, suspek langgar lari tiga peserta larian amal NTV7 di Bandar Utama, Petaling Jaya Ahad lepas hanya membuat laporan polis selepas dua hari kejadian.

Suspek lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pereka landskap persendirian, ditahan pukul 3 pagi Selasa selepas membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Petaling Jaya dua jam sebelum itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, ketika kejadian, suspek yang berasal dari Taiping, Perak itu memandu kereta milik kakaknya.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat suspek, dia menyatakan terlanggar peserta larian NTV7 Feel Good Run dan melarikan diri dari tempat kejadian sebelum balik ke rumah kawannya kerana takut dipukul orang ramai.

"Atas nasihat rakan baiknya, dia dibawa ke Balai Trafik Petaling Jaya untuk membuat laporan polis," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Fadil berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Dalam kejadian Ahad lepas, tiga peserta larian amal NTV7 cedera ringan selepas dilanggar di Bandar Utama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan