Polis Tahan Tiga Suspek Kes Bunuh Di George Town

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang wanita yang ditemui mati di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting, Balik Pulau, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia antara 45 dan 56 tahun itu ditahan berasingan di sekitar George Town dan Jalan Patani pada pukul 10.30 malam Isnin.

"Seorang daripada suspek yang ditahan adalah teman lelaki mangsa. Polis percaya kes pembunuhan bermotif cemburu," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Semalam dua pengutip durian menemui mayat wanita tanpa dokumen pengenalan diri dalam keadaan tersangkut pada pagar sempadan kem PLKN berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

Mazlan berkata siasatan lanjut mendapati wanita warga China yang dikenali dengan nama Jun Xing, 37, adalah seorang pekerja sebuah pusat kecantikan di bandar raya ini dan tinggal di Pulau Pinang selama lima tahun.

"Wanita itu dikatakan keluar dari rumahnya pada pukul 6.30 petang, Ahad lepas dan tidak balik ke rumah selepas itu. Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan dusun itu," katanya.

Beliau berkata seorang lagi suspek yang ditahan adalah pemilik pusat kecantikan tempat mangsa bekerja.

Katanya keputusan bedah siasat menunjukkan wanita itu ditikam sebanyak 17 kali di bahagian belakang badan dan lehernya turut dikelar sepanjang 10 sentimeter menggunakan objek tajam bagaimanapun tiada unsur kekerasan seksual ditemui.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan