Kes Rogol Di Perkampungan Sukan: Polis Akan Ambil Keterangan Individu Berkenaan

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan semua individu yang berkenaan bagi membantu siasatan kes rogol yang dilapor berlaku di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata sebahagian daripada mereka sudah dipanggil dan diambil keterangan, manakala yang lain akan menyusul dalam masa terdekat.

Kes ini akan disiasat secara terperinci kerana bukan sahaja satu kes yang serius tetapi juga melibatkan integriti, katanya pada sidang media selepas lawatan ke Hospital Sungai Buloh sempena peringatan Hari Polis ke 206, dekat sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan kes seorang pegawai pengiring yang membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei memberitahu Bernama hari ini mereka yang akan diambil keterangan termasuk semua pemain dan jurulatih pasukan bola baling berkenaan.

"Pada petang ini ada saksi yang akan tampil untuk memberi keterangan kepada kita," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Mohd Bakri dalam ucapan berkata pihaknya berterima kasih terhadap pihak hospital kerana memberi tumpuan khas terhadap kesejahteraan keluarga Polis Diraja Malaysia, bukan sahaja dari segi kebajikan dan kesihatan tetapi juga berkaitan perkembangan institusi kekeluargaan polis.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan