Kanak-Kanak Maut Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor ular ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi di sini, malam Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi adik-beradiknya.

Ibunya Zela Mohamad, 42, berkata kejadian disedari oleh anak sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak ular berkenaan di hujung kaki anak bongsunya itu.

"Kami baru sahaja tidur sementara Mohd Ruhaidi berada di dalam sebuah bilik untuk membuat kerja. Mohd Ruhaidi yang keluar daripada bilik untuk ke bilik air ternampak seekor ular hitam sepanjang hampir satu meter berhampiran kaki Puteri Suhana dan mengejutkan saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, dekat sini Ahad.

Katanya, beliau yang bangun dan memeriksa Puteri Suhana mendapati kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala ular terbabit yang dipercayai ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke bahagian dapur.

"Saya tengok ada dua kesan darah pada buku lali kiri anak yang masih tidur. Bila saya mengangkatnya barulah Puteri Suhana menjerit kesakitan," katanya yang kemudian meminta bantuan saudara untuk menghantar anaknya ke Hospital Besut.

Menurutnya ketika kejadian, suaminya Sata Mahasan, 42, sedang bekerja di Kompleks Perikanan Tok Bali, Semerak, Kelantan.

"Semasa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital, Puteri Suhana meminta untuk menyusu badan namun tetapi dia tidak dapat menyusu akibat kesakitan sambil muntah-muntah," katanya.

Menurut Zela itu adalah kali terakhir beliau mendengar suara anaknya.

Puteri Suhana disahkan meninggal dunia oleh doktor di unit kecemasan hospital, katanya menambah jenazah anaknya dikebumikan pagi Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan