Naib Pengerusi MIC Telok Kemang Maut Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Naib Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang, R. Vinthan maut, selepas motosikal yang ditunggangi terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di Chuah, Port Dickson dekat sini, Sabtu.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang itu, Vinthan, 56, yang menunggang motosikal jenis Modenas dikatakan dalam perjalanan dari arah Chuah menghala ke Port Dickson.

Jurucakap polis berkata, apabila tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar tiang lampu di bahu jalan dan terjatuh di atas jalan.

"Pada masa sama, sebuah kereta dari arah belakang yang tidak sempat menggelak telah merempuh mangsa dan motosikalnya menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Sup Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat, sebelum dituntut anggota keluarganya.

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang Datuk M. Veloo berkata, kehilangan Vinthan pastinya akan dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang telah lama berkhidmat dengan penduduk di kawasan itu.

Katanya, mendiang sebelum ini dilantik sebagai Naib Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang pada 2009 dan merupakan Ketua MIC Cawangan Ladang Sengkang, Port Dickson sejak 1990.

"Kehilangan akan dirasai bukan sahaja oleh MIC Bahagian Telok Kemang malah penduduk setempat kerana beliau merupakan pemimpin yang sangat komited," katanya.

Mendiang Vinthan meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak berusia antara 19 hingga 26 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan