Polis Nafi Tujuh Wanita Mati Selepas Terima Sampel Wangian

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menafikan khabar angin bahawa tujuh orang wanita mati di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang dekat sini baru-baru ini selepas mereka menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losyen beracun.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh dalam satu kenyataan di Facebook polis berkata perkara itu disahkan tidak benar selepas semakan dibuat dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan itu tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata dua tahun lepas turut dikhabarkan berlaku perkara yang sama di hopital berkenaan.

Polis menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu sedemikian dan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada akan diambil kepada sesiapa yang menyebarkannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan