Polis Minta Saksi Kes Tembak Di Relau Tampil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian seorang lelaki ditembak mati di sebuah medan selera di Jalan Relau di sini, Khamis lepas supaya tampil membantu polis menjejak dua suspek terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata kedua-dua suspek yang memakai topi keledar ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan tembakan terhadap mangsa, K. Kuganeswaran, 30, dari jarak dekat.

"Tugas menjejaki suspek sukar berikutan lokasi kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup. Justeru kita berharap saksi kejadian datang ke balai membantu siasatan agar kita dapat membuat tangkapan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan keluarga mangsa dan sedang mengumpul bukti motif pembunuhan lelaki itu. Mazlan berkata siasatan mendapati mangsa yang beralamat di Taman Damai Taiping, Perak telah dua tahun bekerja sebagai operator pengeluaran di negeri ini dan tinggal di sekitar Bayan Lepas.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa dikatakan baru lepas membeli tosai di gerai makanan di situ sebelum dipanggil dua lelaki dipercayai suspek kes itu.

Sebaik Kuganeswaran masuk semula ke dalam medan selera itu, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditembak.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila tembakan itu mengenai dada, badan serta lehernya. Polis turut menemui empat kelongsong peluru berukuran 9mm di lokasi kejadian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan