Pengkid Diburu Bakar Rumah Kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia 21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya. "Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan