Mayat Wanita Ditemui di LPT Ajil-K.Terengganu - Berita Jenayah | mStar

Mayat Wanita Ditemui di LPT Ajil-K.Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pengawal keselamatan menemui mayat seorang wanita di tepi jalan di Km41.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Ajil-Kuala Terengganu. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim berkata wanita itu yang dipercayai berusia sekitar 30-an dan belum diketahui identitinya itu ditemui pukul 7 pagi. "Ketika ditemui, mayat berkenaan dalam keadaan separuh bogel, hanya memakai baju (kemeja T) dan berseluar dalam. "Kita percaya mangsa adalah wanita warga asing, siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Ismail meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara atau pembantu rumah menghubungi Balai Polis Hulu Terengganu untuk pengecaman mayat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan