Lapan Sekeluarga Nyaris Maut Dirempuh Lori Minyak Di Persimpangan Lampu Isyarat

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Lapan sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 135, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Anak Dara pada Jumaat.

Kejadian pada kira-kira 12 tengah hari itu berlaku ketika pemandu kereta Proton Iswara yang berusia 40-an memberhentikan kenderaan kerana lampu isyarat bertukar merah.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba lori membawa muatan minyak itu melanggar kenderaan berkenaan, yang dinaiki tiga dewasa dan lima kanak-kanak berusia antara 6 bulan dan 60 tahun, dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, pemandu lori berkenaan hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbalik dalam keadaan mengiring ke sebelah kiri jalan serta minyak tumpah di atas jalan raya.

Ketua Balai Bomba Kerteh Khairul Hasni Mokhtar berkata kesemua mangsa, termasuk pemandu lori yang berusia 40-an, diselamatkan orang ramai dan hanya cedera ringan.

Mereka menerima rawatan di Hospital Kemaman sebagai pesakit luar.

Khairul berkata pihak bomba terpaksa membina benteng pasir dan tanah bagi menggelak tumpahan minyak masuk ke dalam anak sungai berhampiran.

"Pihak bomba termasuk Unit Hazmat, polis dan Jabatan Alam Sekitar dikerah mengawal tempat kejadian bagi mengawal pencemaran serta mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Seramai 12 anggota bomba bersama dua jentera dikejar ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat daripada orang awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan