Guru Wanita Cemas Diugut Perompak Di Tempat Letak Kenderaan Pasar Raya

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang guru wanita berdepan saat mencemaskan selepas diugut dan disamun seorang lelaki di tempat meletak kenderaan berhampiran pasar raya Megamall di sini, Jumaat.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Siti Hafiza Shamsuddin, 30-an sedang memasuki keretanya sebelum didatangi seorang lelaki secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff suspek bertindak meletakkan objek tajam di perut mangsa sambil menyuruhnya memandu kenderaan itu.

Katanya, suspek kemudiannya mengarahnya guru terbabit memberhentikan keretanya di sebuah kawasan perumahan yang mangsa tidak pasti, sebelum mengarahkannya turun.

"Suspek bertindak mengambil beg tangan mangsa serta merampas kunci kereta," katanya.

Katanya, suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih yang dipandu seorang rakannya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak dicederakan membuat laporan di Balai Polis Kuantan.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa kehilangan empat buah telefon bimbit, beberapa kad bank, kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan dan wang tunai sebanyak RM650," katanya.

Polis kini memburu kedua-dua mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan