Mayat Rentung Ditemui Di Bukit Ampang, Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menemui satu mayat yang rentung pada keseluruhan badan mayat itu di kawasan Lebuhraya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara peninjau di Bukit Ampang, Ampang, Jumaat.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Nazri Nawawi, mayat dijumpai dalam kedaaan masih berasap bersama tayar motosikal yang dibakar.

Mangsa dipercayai dibunuh awal pagi, katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mayat ditemui pada 10.45 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

"Terdapat kesan pakaian yang masih melekat pada beberapa bahagian badan mayat. Identiti dan jantina mayat belum dikenal pasti dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat," katanya.

Mohd Nazri berkata mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga, saudara mara atau kenalan agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan