Wanita Maut Digilis Selepas Terjatuh Dari Motosikal

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita maut dalam keadaan mengerikan akibat digilis sebuah kenderaan selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya, di Km139, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat sini, Rabu.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Chua Chuan Leng, 32, yang tinggal di Jalan Pinang Raja, Taman Rimba, Mentakab, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang menunggang seorang diri dipercayai hendak keluar ke Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dari kawasan Perindustrian Mentakab.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah kilang jubin di kawasan perindustrian itu dipercayai terjatuh dari motosikalnya secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terbaring atas jalan.

"Pada masa sama, sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dipercayai telah merempuh dan menggilis kepala mangsa mengakibatkan topi keledar yang dipakai wanita itu pecah sebelum pemandu terbabit memecut meninggalkan tempat kejadian.

"Mayat mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan berlumuran darah di kepala sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, sehingga kini, pemandu terbabit belum membuat laporan berhubung kejadian berkenaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil di Balai Polis Trafik Temerloh bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan