Janin Ditemui Tersangkut Di Perangkap Sampah

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja Indah Water Konsortium (IWK) terkejut bila terlihat janin bayi tersangkut pada perangkap sampah ketika mencuci loji kumbahan di Taman Juru di sini, Rabu.

Pekerja itu yang menjalankan kerja membersihkan loji kumbahan berkenaan setiap dua atau tiga minggu sekali ternampak janin itu pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan memaklumkan kepada majikannya yang kemudian menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, pemeriksaan lanjut mendapati janin itu masih baru dan bertali pusat.

Katanya, janin itu hanya berukuran 10 sm berusia kira-kira lima bulan lengkap dengan anggota badan tetapi jantinanya tidak dapat dipastikan.

Jurucakap itu berkata, janin berkenaan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan