Restoran Makanan Arab Baru Lima Bulan Beroperasi Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah restoran makanan Arab di Kompleks Perniagaan Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini, yang baru lima bulan beroperasi, kerugian kira-kira RM60,000 selepas terbakar pada Selasa.

Kebakaran kira-kira 11.15 pagi itu dipercayai berpunca dari kebocoran gas dapur tidak mencederakan empat pekerja yang sibuk menyiapkan makan tengah hari.

Saksi kejadian, Aishah Osman, 30, berkata ketika kejadian dia sedang menukar paip gas pada sebuah dapur memasak dan tiba-tiba api menyambar pada tong gas bersebelahan.

"Keadaan kelam kabut bila tengok api dah mula marak. Saya menjerit arahkan semua pekerja yang ada dalam restoran lari selamatkan diri. Saya syukur semua selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Pengusaha restoran terbabit, Adlan Yaakop, 36, berkata dia yang berada di luar mengetahui mengenai kejadian itu setelah mendapat panggilan dari salah seorang pekerja sebelum bergegas kembali ke restoran untuk melihat keadaan pekerja.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Setar, Deang Eneenlem berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.31 pagi, dan tiba lima minit kemudian.

Katanya tiga jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba Jalan Tun Razak dikerah bagi mengawal api dari merebak ke premis berdekatan dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit.

Beliau mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan