Polis Sita Wang Tunai Lebih RM500,000 Dipercayai Hasil Jualan Dadah

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam satu sidang akhbar mengenai rampasan dadah di IPD Petaling Jaya, Selasa. Polis berjaya merampas dadah jenis ganja mampat seberat 23.6 kg yang dianggarkan bernilai RM200,000 serta menyita wang tunai hampir RM60,000 dalam kejadian tersebut. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam satu sidang akhbar mengenai rampasan dadah di IPD Petaling Jaya, Selasa. Polis berjaya merampas dadah jenis ganja mampat seberat 23.6 kg yang dianggarkan bernilai RM200,000 serta menyita wang tunai hampir RM60,000 dalam kejadian tersebut. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Polis menyita wang tunai RM527,580 dipercayai hasil perniagaan dadah daripada seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Damansara, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian pertama pukul 11 malam, Jumaat lepas, seorang suspek lelaki berumur 36 tahun ditahan bersama enam ketulan ganja seberat 4.6kg dan wang tunai RM262,580 di sebuah rumah di Damansara.

"Kami percaya wang tunai yang disimpan suspek adalah hasil perniagaan dadah. Selain wang itu, kita turut menyita wang tunai di dalam akaun bank milik suspek sebanyak RM265,000," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Susulan daripada tangkapan itu, Arjunaidi berkata polis turut membuat serbuan kedua pada 5 petang semalam dan menahan tiga lagi suspek lelaki berumur lingkungan 27 hingga 39 tahun di sekitar Damansara.

Beliau berkata seorang daripada mereka bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat dan dipercayai menggunakan kenderaan jenis Toyota Estima milik syarikat itu untuk mengedar dadah.

"Ketika ditahan, polis merampas 20 ketulan ganja seberat 19kg di dalam kereta itu. Selang 45 minit kemudian, dua lagi suspek lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah ditahan di lokasi berhampiran.

Katanya hasil rampasan dadah daripada empat suspek itu dianggarkan bernilai RM200,000.

"Kami yakin mereka mempunyai rangkaian pengedaran dadah yang luas di sekitar Damansara, Sungai Buloh dan Sungai Penchala serta dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lepas," katanya.

Arjunaidi berkata polis masih menyiasat sama ada kumpulan berkenaan mempunyai saki-baki anggota di kawasan itu.

"Hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif," katanya.

Mereka direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan